Luminositi (teori serakan)

Dalam teori serakan dan fizik pemecut, luminositi (L) adalah nisbah bilangan peristiwa dikesan (dN) dalam jangka masa tertentu (dt) kepada keratan rentas (σ):[1]Ia mempunyai dimensi peristiwa per masa per luas, dan biasanya dinyatakan dalam unit cgs, cm−2·s−1 atau unit bukan SI, b−1·s−1. Secara praktikal, L bergantung pada parameter alur zarah, seperti lebar alur dan kadar aliran zarah, serta ciri-ciri sasaran, seperti saiz dan ketumpatan sasaran.[1]Sebuah kuantiti berkaitan, luminositi kamiran (Lkam), merupakan kamiran luminositi ke atas masa: [1]Luminositi dan luminositi kamiran adalah nilai berguna untuk mencirikan prestasi pemecut zarah. Khususnya, semua eksperimen pelanggar ingin memaksimumkan luminositi kamiran mereka, kerana semakin tinggi luminositi kamiran, semakin banyak data untuk dianalisis.[1]

Berkaitan